Johor Bahru: Seorang lelaki mualaf berusia 56 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, sebentar tadi terhadap empat pertuduhan memperdaya seorang lelaki untuk menyerahkan RM88,500 bagi mendapatkan kereta lelongan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) jenis Mercedes-Benz E240 pada tujuh tahun lalu.
Mohd Amin Hew Abdullah yang menyamar sebagai 'datuk' didakwa memperdaya dan mendorong Tan Sook Fuen,52, untuk mempercayai bahawa boleh mendapatkan kenderaan berkenaan dengan harga murah.
Dia didakwa menerima bayaran secara tunai dan transaksi akaun bank mulai 16 Januari 2007 hingga 22 Januari 2007 di Taman Perling dan Skudai di sini.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh didenda sekiranya disabit kesalahan.
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias menetapkan 3 September depan sebagai tarikh sebutan semula.
Pendakwaan dikendalikan oleh Noor Farhana Adham manakala tertuduh diwakili oleh peguambela, Mohd Asram Zakaria.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM17,000 dengan seorang penjamin.
Pada 30 Julai lalu, tertuduh didakwa atas 11 pertuduhan menipu di mahkamah sama dalam urusan jual beli tanah membabitkan RM166,040 pada lapan tahun lalu.
http://ift.tt/VAiOrN

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire