mercredi 20 août 2014

Polis lupuskan 300 Kg dadah pelbagai jenis bernilai RM1.8 juta.

Port Dickson: Polis Kuala Lumpur melupuskan 300 kilogram dadah bernilai RM1.8 juta membabitkan pelbagai jenis dadah yang dirampas dan selesai kes mahkamah di enam daerah kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd, dekat sini, hari ini.



Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya melaksanakan pemusnahan dadah secara besar-besaran dengan menggunakan kaedah memelihara alam sekitar.

"Semua dadah yang dilupuskan sudah tersimpan sejak tujuh tahun lalu dan kali terakhir IPK Kuala Lumpur memusnahkan dadah pada 2012.



"Pelupusan itu bertujuan mengemas kini barang kes bagi tujuan perbicaraan yang masih di peringkat perbicaraan," katanya dalam sidang media di Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd, di Bukit Pelandok, di sini.



Menurutnya, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Kuala Lumpur memutuskan untuk menggunakan khidmat syarikat berkenaan yang mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual.



http://ift.tt/VAiOrN




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire