Usahawan Bumiputera Masih Berhadapan Pelbagai Halangan - Pakar Ekonomi
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Di sebalik pelbagai program termasuk bantuan dan subsidi yang disediakan kerajaan, usahawan Melayu dan bumiputera dilihat masih gagal menyaingi kejayaan kaum lain dalam bidang perniagaan, kata seorang pakar ekonomi.
Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata berdasarkan pemerhatian dan kajian dilakukan terhadap perkara berkenaan dan pelbagai tindakan serta cadangan dilaksanakan untuk memperkasakan usahawan bumiputera namun ia masih belum membuahkan hasil yang membanggakan.
"Kebanyakan masyarakat kita (Melayu dan bumiputera) yang mempunyai sifat kurang senang melihat kekuatan (kejayaan) orang lain tetapi dalam masa sama kekuatan sendiri tidak pula cuba dibuktikan," katanya yang merupakan pakar ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia.
"Selain itu, sikap berkongsi kelebihan jarang dipraktikkan. Ada antara kita yang mempunyai kekuatan tetapi tidak mahu digunakan untuk memajukan diri sendiri jauh sekali membantu orang lain," kata pakar ekonomi itu kepada BERNAMA.
MELAYU DAN SUBSIDI
Amir Hussin berkata terdapat segelintir kaum Melayu dan bumiputera yang masih mempunyai mentaliti bahawa mereka mempunyai hak untuk menerima subsidi dan bantuan kerajaan sekali gus membawa kepada sikap tidak mahu berusaha.
Katanya, niat survival atau kelansungan semata-mata berdasarkan subsidi yang diberikan kerajaan namun tidak mahu melipatgandakan usaha, tidak akan menjamin kejayaan mereka untuk bergelar usahawan pada jangka masa panjang.
"Mereka rasa mereka mempunyai hak untuk mendapatkan subsidi berbanding menanamkan sifat dalam diri untuk maju. Kita (Melayu dan bumiputera) perlu sedar bahawa kita mendapat subsidi dan pelbagai bantuan tetapi mengapa hasilnya tidak menyerlah?
"Mereka yang lain tidak mendapat subsidi tetapi mampu menyerlah malah boleh berdikari. Ini sebenarnya bergantung kepada sifat individu itu sendiri kerana sampai bila nak dipimpin dan disuap?" beliau bertanya.
Pada masa sama, Amir Hussin mengingatkan bahawa setiap kejayaan yang diraih usahawan berjaya memerlukan pengorbanan dan ia bukanlah dicapai dalam tempoh singkat.
"Mereka ingat kejayaan tiada pengorbanan dan kejayaan itu tidak perlu dikaji. Hakikatnya kita perlu melihat apa orang lain buat, apa yang boleh dijual, apa yang boleh membawa kepada kejayaan. Itu semua perlu," tegas beliau.
Antara faktor penyumbang yang menyebabkan usahawan Melayu dan bumiputera kurang berjaya dalam bidang perniagaan, kata pakar ekonomi ini ialah kurangnya rangkaian hubungan dalam perniagaan.
Keadaan ini berbeza dengan usahawan kaum lain terutama Cina yang mempunyai rangkaian hubungan hebat dan pelbagai, sekali gus membolehkan mereka melebarkan sayap perniagaan.
Beliau berkata sikap tamak dan tidak berpegang kepada amanah itulah yang dikesalkan kerana ia hanya merugikan kaum Melayu dan bumiputera dan mengakibatkan mereka terus ketinggalan dalam dunia perniagaan.
BERNAMA

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire