GUA MUSANG 27 Nov. - Seorang wanita berusia 55 tahun yang dipercayai mengalami sakit mental hilang dari rumah anaknya di Perumahan Bandar Utama di sini, sejak 19 November lepas.
Che Membunga Che Awang keluar dari rumah anaknya, Zuhana Salleh kira-kira pukul 1.20 petang ketika guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, di sini sedang mengangkat barang dari keretanya masuk ke dalam rumah.
Zuhana berkata, dia menyedari kehilangan ibunya itu hanya selepas 15 minit selesai mengangkat barang dan apabila dia mencarinya dalam rumah Che Membunga sudah tiada, dipercayai keluar menerusi pintu depan yang terbuka ketika itu.
"Ibu saya menghadapi masalah mental sejak beberapa tahun lalu dan saya mengambilnya tinggal bersama bagi memudahkan penjagaan termasuk terpaksa dikurung dalam rumah sepanjang masa bagi mengelakkannya keluar merayau-rayau.
Walaupun saya pergi mengajar di sekolah, saya menyediakan makanan tetapi kali ini hilang terus hingga sukar dikesan ke mana perginya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Zuhana bimbang keselamatan ibunya kerana ada penduduk di Kampung Batu 2 Kuala Nerus di sini yang ternampak seorang wanita warga emas berjalan melalui landasan kereta api menuju ke Kampung Batu Lima di sini.
Katanya, dia juga sudah mencarinya di kampung berkenaan, namun gagal ditemui sampai sekarang selain daripada menghubungi kakak di Bachok dan diberitahu ibunya juga tiada datang ke sana.
Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang pukul 8.15 pagi pada 21 November lepas setelah gagal mengesan ibunya dan polis juga pada hari yang sama melancarkan gerakan mencari bagaimanapun masih belum ditemui.
Beliau merayu sesiapa yang melihat ibunya merayau-rayau di kawasan mereka supaya menghubungi telefon bimbitnya 019-9075198 atau balai polis berdekatan. - BERNAMA
- See more at: http://ift.tt/1zy4XzO

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire