Perhimpunan dan protes di London bagi membantah keputusan mahkamah di Amerika Syarikat dalam kes pembunuhan Michael Brown disertai oleh 1,000 orang. - AP
LONDON Protes besar-besaran kerana keputusan mahkamah dalam kes pembunuhan remaja kulit hitam Michael Brown telah menular ke United Kingdom.
Walaupun perhimpunan dan protes di London hanya disertai oleh kira-kira seribu orang, namun ia tetap memberi impak tersendiri.
Mereka melahirkan rasa marah dengan menjatuhkan pagar dan berbalah dengan pihak polis di Dataran Parlimen.
Demontrasi yang sama juga diadakan di luar kedutaan Amerika Syarikat dan kemudian penunjuk perasaan berarak ke jalan Oxford.
Mereka turut menggunakan slogan dan laungan sama seperti yang dilaungkan penunjuk perasaan di Amerika Syarikat.
Ada di antara peserta tunjuk perasaan itu merupakan saudara kepada warganegara britain kulit hitam yang tebunuh dalam insiden yang melibatkan pihak polis. AP
http://ift.tt/1vqlvcE
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire