jeudi 27 novembre 2014

Tak sempat nak urut pelanggan, pelanggan pula tak sempat merasa diurut

KLANG SELATAN - Hasrat tujuh tukang urut wanita warga asing mahu mengurut pelanggan terbantut apabila premis tempat mereka bekerja diserbu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi Ops Noda, malam kelmarin.



Dalam operasi yang bermula sekitar jam 10.05 malam itu, seorang lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis turut ditahan.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, pemantauan dan risikan telah dibuat dua minggu oleh pihak JSJ.



“Malam kelmarin serbuan dibuat di empat premis urut di sekitar Klang Selatan diketuai Asisten Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi bersama dua pegawai dan 15 anggota.



“Menerusi operasi itu, tujuh wanita warga asing ditahan masing-masing seorang dari Vietnam dan enam dari Indonesia dan mereka berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun.



Menurutnya, dalam operasi yang berakhir jam 1 pagi itu, polis turut merampas dua botol minyak urut tiada jenama, tiga helai tuala dan tiga resit daftar pekerja.



Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c)AKTA IMG 1959/63.





http://ift.tt/15D0i73




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire