mercredi 26 novembre 2014

Guli emas modal tipu





Gumpalan tisu, cincin palsu dan wang syiling ditemui dalam sampul surat mangsa.

< 1 / 1 >

BATU GAJAH - Hanya bermodalkan guli berwarna emas, seorang wanita putih mata kerugian RM4,000 diperdaya dalam satu kejadian di hadapan Pasar Awam Batu Gajah, Ahad lalu.



Mangsa berusia 66 tahun menyedari tertipu oleh cerita dua lelaki mengenai keunikan guli emas sebagai tangkal membuang ****.



Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mulanya mangsa dihampiri seorang lelaki bertanyakan arah Pejabat Agama Batu Gajah.



Pada masa sama, muncul seorang lelaki berperwatakan warak menyerahkan guli emas kepada mangsa dan lelaki terbabit sebelum diajak untuk bertanyakan pantang larang guli emas berkenaan.



“Ketika berjumpa, lelaki warak terbabit menerangkan terdapatnya ayat al-Quran dalam guli berkenaan digunakan untuk membuang **** dan mengelak nasib malang.



“Mangsa diminta membuka barang kemas sebelum menilik tangan mangsa. Dia sempat bertanyakan sampul surat sebelum lelaki dipercayai rakan subahatnya menyerahkan dua sampul surat kepada lelaki warak berkenaan,” katanya, semalam.



Shaharon berkata, mangsa diminta memasukkan barang kemas sampul surat manakala, lelaki itu pula memasukkan cincin ke dalam sampul surat kedua.



“Lelaki warak itu menyerahkan sampul surat kepada pengadu yang dipercayai ditukar dengan sampul surat milik lelaki berkenaan.



“Mangsa diminta untuk membuka setibanya di rumah. Mangsa menuruti arahan dan mendapati sampul surat berkenaan hanya mengandungi gumpalan tisu, duit syiling berjumlah RM1.55 dan sebentuk cincin palsu,” katanya.



Shaharon berkata, mangsa menyedari ditipu kehilangan rantai leher dan rantai tangan sebelum membuat laporan polis.



Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Suhadi di talian 05-3629222 atau 012-5217752.







sumber:http://ift.tt/1FqOhwq




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire