dimanche 30 novembre 2014

Syarikat Pengurusan Sahkan Nam Sang Mi Bakal Berkahwin



SYARIKAT pengurusan pelakon terkenal Korea Selatan, Nam Sang Mi mengesahkan laporan yang mengatakan aktres itu bakal menamatkan zaman solonya pada awal tahun hadapan.



Soompi bagaimanapun melaporkan pihak pengurusan Sang Mi tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar pernikahan pelakon itu dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Lee Jun Ki.



"Benar dia akan berkahwin pada awal tahun depan sama ada bulan Januari atau pun Februari namun kami tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar," kata wakil syarikat tersebut.



Pasangan itu berkenalan sejak setahun lalu menerusi seorang kenalan sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo mereka.



http://www.kakigosip.com/2014/11/sya...m-sang-mi.html




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire