SEREMBAN 29 Nov. - Seorang lelaki warga emas mati selepas ditumbuk ketika cuba meleraikan pergaduhan antara anak, ibu dan nenek dalam kejadian mengejutkan di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang di sini petang tadi.
Difahamkan, suspek yang merupakan anak sulung berumur 21 tahun dalam keluarga malang itu pulang ke rumahnya untuk meminta wang tetapi tidak diberikan ibu, sebelum neneknya campur tangan meleraikan pergaduhan.
Berang dengan ibu dan neneknya itu, suspek bertindak ganas dengan menumbuk cermin dalam rumah dan disedari datuk saudaranya yang berumur 60-an yang berada dalam rumah itu.
Marah dengan sikap datuk saudaranya itu, suspek bertindak menumbuk muka warga emas itu sebelum rebah di ruang tamu.
Menurut sumber, melihat datuk saudaranya sudah tidak bernyawa, suspek telah melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi malam ini, mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi....HqaLs86d.dpuf

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire