dimanche 28 juin 2015

PPUM siasat gambar dakwa kena kencing tikus lepas minum air tebu bazar




Kuala Lumpur: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sedang menyiasat penyebaran gambar pesakit terlantar di unit rawatan rapi (ICU) hospital yang didakwa akibat jangkitan penyakit kencing tikus atau leptospirosis daripada air tebu yang dibeli di bazar Ramadan.

Ketua Jabatan Perhubungan Awamnya, Yahya A Hamid berkata, pihaknya baru mengetahui penyebaran gambar berkenaan yang dikaitkan dengan PPUM pagi tadi.

"Kalau dilihat pada katil di dalam gambar berkenaan adalah sama pada kebanyakan katil ICU mana-mana hospital jadi adalah sukar untuk disahkan kebenaran dakwaan seperti di dalam catatan berkenaan.

"Kami masih menyiasat perkara ini termasuk dari mana gambar berkenaan diambil," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau pada masa sama turut berharap orang ramai supaya menghentikan penyebaran gambar berkenaan sehingga berita itu disahkan.


- See more at: http://ift.tt/1FJD9d1


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire