Karamallahu wajhah adalah satu doa. Ia bermaksud Semoga Allah memuliakan wajahnya.
Ia sama seperti:
-sollallahu alaihi wassalam (moga-moga Allah mencurahkan doa selawat dan salam kesejahteraan ke atasnya),
-radiallahu anhu (moga-moga Allah meredhainya),
-rahimahullah (moga-moga Allah merahmatinya).
Nabi Muhammad; kita ucapkan doa sollallahu alaihi wassalam kerana Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzab: 56)
Para Nabi selain dari Nabi Muhammad s.a.w.; kita ucapkan alaihissalam merujuk kepada beberapa potong ayat al-Quran.
Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam. (Soffat: 79)
Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim. (Soffat: 109)
Sebaik-baiknya, kita tetap menggelarkan Saidina Ali dengan Radhiyallahu Anhu seperti sahabat2 Rasullah saw yang lain kerana itulah yang telah jelas pengajarannya di dalam Al-Quran Al-Karim :
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia .(At-Taubah: 100)
Perbezaan pendapat tentang gelaran tersebut khas untuk Saidina Ali r.a.:
1. Saidina Ali r.a. tidak pernah menyembah berhala sepanjang hidupnya. Maka dikatakan Allah memuliakan wajahnya akan sebab yg demikian.
Saidina Ali telah memeluk Islam daripada usia kecil/muda (8 tahun). Kanak-kanak yang pertama memeluk Islam. Anas Bin Malik R.A. pernah berkata, "Muhammad diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abu Talib sudah ikut sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan harinya.
2. Ada yang menyatakan kerana Saidina Ali r.a. tidak pernah melihat kemaluannya sepanjang hidupnya. Hujah ini nampak longgar kerana bukan Saidina Ali r.a. seorang sahaja yang mempunyai sejarah hidup demikian. Wallahu alam.
3. Imam Ali ra digelar karamallahu wajhah kerana membalas gelaran yang diberikan oleh puak Khawarij yang menentangnya. Puak Khawarij memberikan gelaran yang buruk pada wajahnya, jadi pencinta-pencinta Imam Ali ra telah menggelarkannya karamallahu wajhah (semoga Allah memuliakan wajahnya) sebagai gelaran untuk menidakkan gelaran yang diberikan oleh puak Khawarij tersebut.
4. Ada pandangan yang mengatakan doa ini sengaja direka oleh golongan Syiah untuk melebihkan atau mengagungkan Saidina Ali r.a. dari para sahabat yang lain. Wallahu alam.
Walau bagaimanapun, tidak salah mendoakan Saidina Ali dengan doa 'karamallahu wajhah' asalnya niat kita bukan untuk tujuan mengagongkan Saidina Ali r.a. melebihi kadar yang dibenarkan oleh syarak. Wallahualam.
sumber: http://ift.tt/1tYGa5S
http://qasoaljawabpelbagai.blogspot....ahu-wajha.html

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire