dimanche 27 juillet 2014

Santai Kim Jing-soo tabah berpuasa di Korea Selatan

Menurut Korea Muslim Federation, terdapat kira-kira 120 000 hingga 130 000 orang Islam yang tinggal di Korea Selatan, terdiri daripada rakyat asal Korea dan juga perkerja asing. Majoriti penduduk Islam adalah terdiri daripada pekerja asing daripada Pakistan dan Bangladesh, selebihnya adalah rakyat Korea yang berjumlah kira-kira 35 000 orang.



Kim Jing-soo yang berumur 21 tahun merupakan salah seorang rakyat Korea beragama Islam. Beliau mula-mula mempelajari Islam atas usaha sendiri setelah tertarik dengan agama Islam pada 4 tahun lepas yang ketika itu beliau masih lagi menuntut di bangku sekolah. Beliau kini menuntut di salah sebuah universiti di Arab Saudi. “Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk membuat ahli keluarga dan rakan-rakan sekolah saya memahami Islam. Saya kehilangan ramai kawan-kawan, mereka tidak berkata tidak mahu berkawan dengan orang Islam tetapi apabila mereka mendapat tahu saya memeluk agama Islam, mereka mula menjauhkan diri.”



Menurut kajian yang dijalankan, kebanyakan mereka yang memeluk agama Islam di Korea bermula apabila mereka mempelajari dan membuat kajian dengan sendiri berkenaan Islam atas sebab ingin tahu semata-mata. Selepas mempelajari Islam itu sendiri mereka menyedari Islam bukanlah berkait dengan keganasan dan peperangan tetapi Islam adalah agama keamanan dan keharmonian. Mereka berasa teruja dan tenang mendalami Islam lalu memeluk Islam tanpa ragu-ragu.



Pada bulan Ramadan, tidak susah untuk mencari tempat berbuka puasa kerana selain berbuka di masjid terdapat banyak syarikat-syarikat pengeluar makanan akan menyediakan juadah halal untuk berbuka puasa khas untuk orang Islam. Sebuah syarikat pengeluar ramen terkemuka contohnya ada menyedikan ramen halal di sebuah kilang khas untuk dinikmati oleh umat Islam. Mereka juga telah mengeksport ramen tersebut ke 12 buah negara.





http://ift.tt/WYWkBy




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire