vendredi 25 juillet 2014

Keluar lebih 1,000 tong minyak sehari






Petroliam Nasional Bhd (Petronas)





PETRONAS mengumumkan pengeluaran minyak pertama dari pelantar Balai Cluster Risk Service Contract (RSC) yang terletak di luar pesisir Sarawak pada 25 Mei lalu.



Dalam satu kenyataan Petronas berkata, ia dijangka mengeluarkan lebih 1,000 tong minyak setiap hari yang dibangunkan dan dikendalikan BC Petroleum Sdn Bhd.



Pengeluaran pertamanya merupakan kejayaan keempat bagi pengeluaran minyak daripada projek pembangunan lapangan di bawah Petroleum RSC.



RSC meliputi empat lapangan iaitu Balai, Bentara, Spaoh dan West Acis. RSC telah diberikan kepada BC Petroleum Sdn Bhd pada 2011, iaitu syarikat usaha sama yang terdiri daripada Roc Oil, Kumpulan Dialog dan Petronas Carigali Sdn Bhd.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire