Ismail
SEBANYAK RM16.2 juta Dana Mudahcara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) @ Iskandar Malaysia diagih kepada empat syarikat bersempena program perkongsian maklumat mengenai peluang perniagaan dan bantuan untuk industri kecil dan sederhana (IKS) di Iskandar Malaysia.
Syarikat berkenaan Jana DCS Sdn Bhd, Jahasrat Farming Sdn Bhd, Cahaya Bumimas Sdn Bhd dan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd yang terlibat dalam sektor perkhidmatan, pertanian, hartanah, dan logistik dengan jumlah keseluruhan projek bernilai RM164.3 juta.
Program anjuran Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) dan Teraju ini diadakan setiap tahun bertujuan menerangkan mengenai program yang membantu usahawan Bumiputera memajukan perniagaan.
Ketua Eksekutif Irda, Datuk Ismail Ibrahim berkata, pembangunan usahawan di Iskandar Malaysia merupakan salah satu agenda bagi memastikan komuniti bisnes tempatan mendapat faedah dari kemajuan di wilayah pembangunan itu.
Jalinan kerjasama strategik dengan usahawan IKS dan agensi berkaitan membolehkan pihak kami mendapatkan saranan dan idea daripada mereka bagi Irda melaksanakan inisiatif pembangunan industri kecil dan sederhana, katanya.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire