mercredi 30 juillet 2014

Lama ke proses insurans claim motor??

Salam raya dan salam semua utk warga cgrians.



Baru2 ini iaitu pada hjung bulan 3 tahun ini saya mengalami kemalangan kerana kecuaian saya sendiri membuat pusingan U-turn suka hati. Kemudian berlakunya kemalangan antara saya dan penunggang motosikal yang merepuh kereta saya.



Perkara yang ingin saya tahu ialah tentang prosedur claim duit insurans.



kereta saya diuruskan sepenuhnya oleh pihak bengkel dan telah di siap baiki sepenuhnya.



Manakala motor pula juga dibaiki bengkel dari panel insurans cuma bengkel itu meminta wang pendahuluan untuk membaiki motor tersebut. Namun pada ketika itu, owner motor tidak mempunyai duit sebanyak yang diperlukan bengkel tersebut. Kemudian owner bengkel mencadangkan saya untuk menggunakan duit saya untuk membaiki secepat mungkin kemudian claim daripada pihak insurans kepada saya menggunakan peguam untuk mendapatkan wang claim yang saya dahulukan.



pada bulan 6 sebelum puasa, saya diberitahu pihak peguam yang dokumen saya telah disubmit kepada pihak insurans.



Persoalan saya, berapa lama pihak insurans menguruskan claim kepada insurer.



saya menggunakan insurans maa takaful..



sesiapa yang pernah mengalami kes seperti ini?




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire