mercredi 30 juillet 2014

Sasar tingkat penggunaan kad kredit










KUALA LUMPUR - Maybank meneruskan usaha meneroka segmen kad premium dengan pengenalan kadar kredit baharu Maybank Visa Signature.



Kad itu merupakan sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan penggunaan kad kredit sebanyak 11 peratus kepada sekurang-kurangnya RM21.3 bilion pada akhir 2014, kata Maybank dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Bank itu telah mengenal pasti wujudnya permintaan daripada pasaran segmen pelanggan kaya dan berpendapatan tinggi yang tergolong dalam kumpulan pemegang kad platinum dan super premium dan lazimnya memiliki pendapatan tahunan antara RM100,000-RM180,000.



"Pasaran kad premium masih menunjukkan peningkatan yang kukuh dengan kira-kira 20 peratus penggunaan setahun. Pemegang kad ini selalunya membelanjakan purata lapan kali lebih daripada pemegang kad klasik," kata Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna Maybank Malaysia Hamirullah Boorhan dalam satu kenyataan.



Dengan penggunaan sedemikian, Hamirullah yakin segmen pasaran ini akan menerima dengan baik kad Maybank Visa Signature baharu itu.



"Kami menyasar mengeluarkan kira-kira 20,000 kad Maybank Visa Signature dalam tahun pertama pelancarannya," katanya.



Ganjaran Maybank Visa Signature termasuklah lima peratus pulangan tunai untuk perbelanjaan petrol, barang runcit sehingga RM88 sebulan, lima kali mata ganjaran Treats Points untuk urus niaga luar negara dan lima peratus bayaran

tunai bagi urus niaga Visa Paywave selama enam bulan. - Bernama




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire