HULU BESUT - Suasana dan keadaan di perkampungan bekas kerajaan langit di Kampung Batu 13 di sini, bakal berubah wajah tidak lama lagi.
Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, selepas 10 tahun iaitu sejak 2004 terputus hubungan dengan dunia luar, kini lembaran baharu perhubungan antara masyarakat di situ dengan kerajaan dan penduduk sekitar telah tercetus sejak bulan lalu.
Kita tutup buku lama dan buka buku baru. Kampung ini yang dulu memang terkenal sebagai kampung mengatip (zikir) atau perkampungan Ayah Pin perlu dibantu oleh kerajaan agar penduduk di situ menikmati pembangunan, katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir pada program Tautan Kasih di perkampungan tersebut kelmarin.
Nawi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, terdapat kira-kira 26 rumah dengan 131 penduduk di perkampungan tersebut sekarang dan kerajaan bersetuju untuk membaiki 10 rumah di situ yang daif secara berperingkat.
Dalam masa terdekat, perhubungan jalan yang menghubungkan perkampungan itu dengan jalan utama sepanjang kira-kira 300 meter akan diturap.
Kita juga akan menyediakan surau dan guru agama mengikut keperluan penduduk di sini secara berperingkat, malah kerajaan juga minta penduduk tidak lagi mengasingkan diri dengan masyarakat luar selain menyertai setiap program JKKK, katanya.
Beliau juga berjanji akan berusaha menyediakan kemudahan yang sesuai untuk aktiviti golongan muda di situ seperti gelanggang takraw dan sebagainya.
Keperluan pendidikan dan bantuan untuk anak-anak mereka melanjutkan pendidikan hingga ke peringkat tinggi juga akan diberi perhatian.
Menurut Nawi, masyarakat luar dan kerajaan tidak boleh lagi sisihkan penduduk di situ sebaliknya, perlu dekati mereka serta membimbing dan meletakkan mereka kembali ke dalam masyarakat.
Identiti perkampungan itu sebagai kerajaan langit perlu dikikis kerana sudah tidak ada apa-apa monumen yang mengaitkan ajaran sesat di situ lagi.
Penduduk di situ kata mereka menjauhkan diri daripada kita sebab kita tak bertanya khabar tentang mereka sejak perkampungan mereka dirobohkan dulu, katanya.
sumber:http://ift.tt/1A27Y0a

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire