Khalid terkejut apabila mendapati pokok pisang yang sudah ditebang mengeluarkan jantung pisang semula.
< 1 / 1 >
MARANG - Bapa lima anak menetap di Taman Safiah Murni di sini, terkejut apabila dapati pokok pisang di belakang rumah ibu saudaranya di Pulai Tinggi yang telah ditebang mengeluarkan jantung pisang semula.
Menurut Khalid Deraman, 50, batang pisang di rumah ibu saudaranya, Zainon Bilal Ismail, 66, itu kini mengeluarkan jantung pisang dan mula menyedari kejadian pelik itu ketika melalui bahagian belakang rumah berkenaan.
Pada mulanya saya ingatkan batang pisang itu mengeluarkan pucuk, tetapi apabila diamati, saya dapati jantung pisang yang keluar dari batang pokok itu, katanya.
Khalid mengakui, kejadian itu mungkin perkara biasa bagi yang pernah melaluinya, namun bagi sesetengah orang ia dianggap sebagai perkara pelik.
Katanya, dia menjaga rumah berkenaan sepanjang ketiadaan ibu saudaranya dan sering membersihkan pekarangan dan bahagian belakang kediaman itu.
Selama menjaga rumah ini, pokok pisang tersebut rasanya telah pun mengeluarkan buah dan telah pun ditebang lebih kurang sebulan lalu, namun dijangka berbuah semula apabila mengeluarkan jantung pisang di bahagian batang, katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, seorang ahli agama yang ditemui dan enggan namanya disiarkan menasihati orang ramai supaya tidak mengaitkan kejadian itu dengan perkara boleh menjejaskan akidah mereka kerana semua kejadian yang berlaku adalah kuasa ALLAH.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire