KUALA TERENGGANU 1 Nov. - Soal sama ada Akta Hasutan 1948 akan dibuat pindaan untuk dimantap atau dibubarkan, berkemungkinan akan diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada penghujung bulan ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut akan di*bincang dan dibahaskan secara ra*sional dalam perhimpunan ter*sebut.
Menurutnya, beliau sendiri telah diberi amanah oleh pimpinan tertinggi parti untuk memikul tanggungjawab sebagai pengerusi jawatankuasa berkaitan usul-usul desakan yang dibangkitkan oleh peringkat bahagian untuk diperhalusi.
Kata beliau, jawatankuasa tersebut akan melakukan beberapa tambahan melibatkan biro pindaan Perlembagaan dan perundangan termasuk mengupas dan mem*ba**haskan isu Akta Hasutan yang sedang hangat diperkatakan se*ka*rang.
Perkara-perkara yang me*nyen*tuh kedudukan perjuangan kita, keselamatan negara dan akta-akta negara yang datang daripada usul-usul bahagian perlu dikupas dan dibahas supaya suara UMNO dapat kedengaran dalam usaha kerajaan menggubal perkara-per*kara yang dilihat penting bagi kita meniti perubahan landskap global tanpa sempadan.
Satu meja bulat akan di*adakan sebelum perhimpunan dan jawatankuasa akan turun ke ba*hagian-bahagian untuk men*de**ngar, saya telah minta ke*pe*mimpinan negeri tentukan ju*rucakap mereka awal agar boleh da*pat butirannya, katanya da****lam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Kon*vensyen UMNO Terengganu 2014 di sini hari ini.
Konvensyen sehari itu turut dihadiri Pengerusi Badan Per*hu*bungan UMNO negeri, Datuk Ah*mad Razif Abd. Rahman serta ba*risan kepemimpinan UMNO Te*rengganu dan Ketua-ketua UMNO Bahagian termasuk Datuk Seri Id*ris Jusoh serta Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Hishammuddin berkata, apa yang penting, Akta Hasutan mesti dibincangkan bagi tujuan penambahbaikan yang merangkumi kepentingan serta sensitiviti kaum, agama, institusi diraja selain me*mas*tikan soal kedudukan orang Melayu dan agama Islam tidak tergadai dan dipersoalkan.
Jelasnya, jika akta tersebut tidak memadai untuk menangani pelbagai isu berkaitan perpaduan dan sensitiviti antara kaum dan agama, memerlukan kepada suatu pindaan atau tambahan kepada akta baharu.
Kalau Akta Hasutan kita hari ini tak mencukupi untuk menangani, itu mungkin memerlukan kita ke*pada pindaan Akta Hasutan atau tambahan akta baharu sama ada pindaan. Ini telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Na**jib Tun Razak, ia mesti ke arah penambahbaikan kepada pembinaan negara dan bangsa, ujarnya.
Beliau berkata, lebih mustahak adalah semangat dalam menggubal suatu akta bagi menentukan per**paduan, kestabilan, kesa*tu***an selain semangat saling menghormati sen*sitiviti antara kaum dan juga institusi diraja.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah nyatakan, kita akan ambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan dan UMNO merupakan pihak ber*kepentingan dan suaranya tak bo*leh diketepikan, katanya.
Bagaimanapun, tambah Hishammuddin, jika akta berkenaan ternyata memadai untuk mempertahankan institusi raja dan kepentingan semua kaum, tidak perlu dipinda sebaliknya perlu memperkasakan lagi frasa-frasa dalam akta sedia ada.
http://ift.tt/1qhTqQd

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire