samedi 1 novembre 2014

pengertian Syirik

Syirik dibahagikan kepada dua

iaitu syirik khafi (tersembunyi)

dan syirik jali (terang dan

nyata).



Syirik jali ialah syirik yang

terang, nyata dan besar yang

boleh menyebabkan seseorang

itu dianggap jatuh ke tahap

kufur. Syirik ini boleh berlaku

melalui salah satu daripada tiga

keadaan iaitu:



1. Menerusi i’tiqad

seperti meragui atau

menafikan kewujudan

Allah. Justeru, mana-

mana fahaman yang

meragui dan

menafikan kewujudan

Allah seperti fahaman

komunis dan ateis

adalah jelas syirik.



2. Menerusi perbuatan

atau amalan tertentu

seperti menyembah

patung, berhala,

batu, pokok,

matahari, bulan

bintang atau objek

tertentu. Perbuatan

memuja nasib dan

meminta nombor

ekor di kubur

tertentu atas dakwaan

kubur itu keramat

juga adalah unsur

syirik. Bahkan ulama

menjelaskan

perbuatan terlalu

memuja dan

mendewakan orang

atau pemimpin

tertentu juga adalah

perbuatan syirik.



3. Menerusi lidah atau

perkataan seperti

menghalalkan perkara

haram dan mengaku

keluar daripada

agama Islam.

Termasuk dalam

kategori ini ialah

perkataan yang boleh

menyebabkan terbatal

syahadah seseorang

Muslim.



Syirik khafi ialah syirik yang

kecil dan tersembunyi yang

menyebabkan hilang atau

luputnya pahala seseorang.



Syirik itu banyak berkaitan

dengan perbuatan riak di dalam

beramal atau melakukan

sesuatu perkara.



Perkara itu jelas disebut dalam

al-Quran melalui firman Allah

yang bermaksud: “Barang siapa

yang berharap untuk bertemu

dengan Allah (di hari akhirat

kelak), maka hendaklah dia

melakukan amal salih dan

janganlah dia mempersekutukan

Allah dengan sesuatu di dalam

ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi,

ayat 110)



Maksud syirik di dalam beramal

seperti dalam ayat itu ialah

menunjuk-nunjuk ketika

beramal atau riak di dalam

beramal.



Rasulullah SAW dalam sabdanya

pernah menasihatkan sahabat

supaya berhati-hati dan

menjauhi syirik kecil, lantas

ditanya oleh sahabat apakah

yang dimaksudkan dengan syirik

kecil itu. Maka Rasulullah

menjawab, syirik kecil yang

dimaksudkan ialah riak dalam

beramal.



Allah menjelaskan bahaya syirik

khafi dalam firman-Nya yang

bermaksud: “Dan sesungguhnya

telah diwahyukan kepadamu

dan kepada nabi-nabi terdahulu

sebelummu, jika kamu

mempersekutukan Tuhan,

nescaya akan terhapuslah

segala amalanmu dan tentulah

kamu termasuk di kalangan

orang yang rugi.” – (Surah az-

Zumar, ayat 65)



Firman Allah lagi yang

bermaksud: “Barang siapa yang

mempersekutukan sesuatu

dengan Allah (tidak ikhlas

kepada-Nya dalam beramal),

maka adalah dia seolah-olah

telah jatuh dari langit lalu

disambar oleh burung atau

diterbangkan angin ke tempat

yang jauh.” – (Surah al-Hajj,

ayat 31)



Melihat kepada situasi hari ini,

ternyata amalan mensyirikkan

Allah sama ada syirik jali atau

khafi berlaku secara sedar atau

tidak. Walaupun daripada

kalangan orang Islam tidak

menyembah berhala, tetapi

mereka terdedah kepada

perbuatan syirik.



Kepercayaan kepada tempat

keramat, keyakinan secara

membuta tuli terhadap bomoh

atau dukun, penggunaan

tangkal dan azimat, menyembah

kemewahan dunia dan material,

keyakinan rezeki seperti gaji

dan upah datang daripada

manusia dan bermacam lagi

adalah antara amalan yang

menjurus kepada syirik.



Gejala syirik khafi tidak kurang

hebatnya dengan berleluasanya

gejala riak, beramal untuk

manusia, perasaan dengki,

mengharap reda manusia,

bermuka-muka, tidak ikhlas,

menandakan amalan syirik

memang menguasai hidup umat

Islam kini.



Langkah mesti dilakukan bagi

mengelakkan ia daripada terus

membarah di dalam hidup

manusia. Langkah seperti

penerangan mengenai bahaya

syirik menerusi seminar,

ceramah, bengkel dan

seumpamanya. Anggota

masyarakat mesti didedahkan

dengan bahaya syirik supaya

mereka dapat membezakan

apakah pekerjaan dan perkataan

mereka selama ini mengandungi

unsur syirik atau sebaliknya.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire