lundi 28 septembre 2015

Ask/Help Streamyx & UNIFI

so, ceritanya aku ni dah lebih 10 tahun keluar masuk tmpoint sebab nak upgrade Streamyx kat umah aku yang speed cuma 1Mbps dari mula2 aku dapat internet dulu sampai la kini... In the end aku dapat berita yang tm memang xde niat nak upgrade port kat kawasan aku dan aku akan pakai line 1mbps tu sampai aku mati...

Beberapa bulan lepas, dalam 3 bulan camtu, pihak TM pegi pasang port untuk unifi betul2 depan rumah aku, dan sepanjang jalan perumahan aku (perumahan kitorang ni seluas satu jalan je, dalam 20 buah rumah). Jadi aku pun start balik kegiatan aku, tiap2 minggu aku try pegi tm nak register Unifi, x gak masuk2 sampai la aku dengar satu cerita dari sorang budak keje tm ni...

Sekarang ni TM memang ada masalah nak detect kawasan tu ada port coverage ke tak. dia cakap, kontraktor yang buat kerja pemasangan port tu ada masalah dengan sistem dia, xtau masalah apa. kesannya, pihak tm x boleh detect tempat mana yang ada port unifi. kalau ada pun, maybe dalam 5% je kawasan yang masuk coverage area dia dari jumlah sebenar. so aku pun check la dekat link ni:

http://ift.tt/1NYIbL9

memang betul2 rumah aku xde dalam coverage lagi. tapi yang lagi pelik, sebelum ni aku pernah check result pakai benda ni, aku letak poskod aku kat dalam, at least 1.2k alamat akan tertera. tapi kali ni aku check, tak sampai seratus alamat masuk... Aku check lagi sekali, rumah abang, kakak, family and kawan2 aku yang dah masuk unifi dan memang tengah pakai unifi sekarang, rumah diorang pun xde dalam list ni. So aku rasa, memang betul lah khabar angin ni.

mamat tu cakap, sekarang ni tm memang tengah buat recruitment drive kaw2 untuk orang register unifi, tapi sebenarnya diorang memang ada kesulitan, dan 95% orang yang apply tu memang xkan dapat unifi pun, pasal sistem diorang x update. dia cakap kat aku benda ni akan berlanjutan sampai oktober, november or maybe until next year. pasal pihak kontraktor tu janji akan update sistem dan pulihkan semuanya menjelang ogos, sampai sekarang tak repair2 lagi.

so ada x kawan kat sini yang dapat bagi pencerahan lagi pasal isu ni? kalau dapat register unifi ngan aku lagi bagus, tapi aku jamin korang memang xkan jumpa alamat aku dalam sistem ni lah. unless korang kerja tm, aku boleh bagi gambar port unifi yang terpacak kat depan rumah aku ni...

regards.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire