KUALA LUMPUR: Zoo Negara menafikan bahawa seekor harimau belang jantan di zoo berkenaan ditembak sehingga mati.
Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli berkata berita yang menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak patut dijadikan bahan jenaka.
"Dengan penyebaran berita palsu yang tersebar luas bermula semalam, pihak kami telah dihujani pelbagai pertanyaan dan ketakutan dari pihak awam," katanya.
Beliau berkata Zoo Negara sentiasa memastikan kawasan dan persekitaran zoo sentiasa dalam keadaan selamat untuk orang ramai berkunjung.
Aplikasi itu menyebut kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi dan saksi di tempat kejadian mendakwa harimau berkenaan berkeliaran di kawasan zoo dalam keadaan lapar sebelum ia ditembak oleh polis. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://ift.tt/1JETRw5

Quote:
PENGUMUMAN Tn maklum kejadian di Zoo negara gombak kejadian pagi td jam 0930hrs..mengikut saksi dilokasi Seekor Harimau Belang jantan telah berjaya di tembak oleh polis ketika terlepas dr zoo negara dan berkeliaran di taman permainan kanak-kanak yang berhampiran. Mujurlah tiada sesiapa yang tercedera semasa harimau belang tersebut merayau-rayau kelaparan mencari makanan di taman tersebut. Punca kejadian masih disiasat oleh pihak zoo dan PDRM Terima Kasih. jilake :)) |
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire