mercredi 30 septembre 2015

Siapa Menipu Untuk Melariskan Bisnes Bukan Pengikut Nabi Muhammad S.A.W

Siapa Menipu Untuk Melariskan Bisnes Bukan Pengikut Nabi Muhammad saw
Suhaida Mahpot September 30, 2015

Direkodkan oleh Abu Hurairah bahawa satu hari Rasulullah saw telah lalu di hadapan peniaga yang menjual setimbunan makanan.

Lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah.

Rasulullah saw pun bertanya, “Apakah semua ini wahai penjual makanan ? ”

Penjual itu menjawab, “Makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah.”

Lantas Rasulullah saw bersabda, “Kenapa tidak kamu letak yang basah itu di sebelah atas makanan supaya orang lain dapat melihatnya ? Siapa yang menipu maka dia bukan dari golonganku.”

Kisah ini direkodkan dalam Sahih Muslim dalam Kitab al-Buyu’ (Bab Jual Beli)

http://ift.tt/1O9eXL1


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire