MOHD. ROSLI (kanan) menahan suspek yang juga warga Myanmar yang dikatakan bergiat aktif dalam sindiket pemalsuan dokumen perjalanan di Kampung Selamat, Kuantan semalam.
KUANTAN Seorang lelaki warga Myanmar yang aktif dalam sindiket pemalsuan dokumen seperti pasport, pas lawatan kerja sementara dan kad hijau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ditahan Jabatan Imigresen negeri ketika sedang tidur di sebuah rumah di Kampung Selamat di sini petang semalam.
Jabatan Imigresen turut merampas peralatan elektronik seperti komputer, mesin pencetak, pelbagai cop dan televisyen bernilai kira-kira RM10,000 yang digunakan untuk operasi haram dalam serbuan Ops Ikrar (Serkap) pada pukul 2 petang.
Difahamkan, suspek berumur 42 tahun itu menetap di kampung tersebut selama tiga tahun dan dipercayai mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil kerja haram dengan mengenakan bayaran kira-kira RM500 untuk setiap dokumen.
sumber:http://ift.tt/1opKWIR
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire