PUTRAJAYA Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Pemahaman dan Penulisan, sekali gus menjadikan mata pelajaran itu mempunyai dua gred berasingan.
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Datin Nawal Salleh berkata, rombakan itu merupakan format baharu yang diperkenalkan LPM melibatkan murid di semua aliran iaitu sekolah kebangsaan (SK) serta sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.
Menurutnya, ini bermakna calon UPSR bagi SK dan SJK akan memiliki enam hingga lapan gred dalam keputusan UPSR berbanding lima hingga tujuh gred atau bergantung pada jumlah mata pelajaran yang diambil sebelum ini.
Katanya, turut diubah adalah kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Sains yang telah dipecahkan kepada dua iaitu kertas satu (objektif) dan kertas dua (subjektif) bagaimanapun gred masih kekal kepada satu.
Langkah mengasingkan gred pemahaman dan penulisan bagi kertas BI dibuat sejajar dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, katanya pada sidang akhbar pengumuman format baharu UPSR di sini semalam.
Untuk rekod, kira-kira 500,000 murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR setiap tahun.
sumber:http://ift.tt/1vqvcs8

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire