mardi 29 septembre 2015

Lelaki langgar jandanya bersama kekasih baru depan balai polis

http://www.youtube.com/watch?v=lK3ClSXIQO4

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan mangsa terpelanting selepas dirempuh kereta yang dipandu laju.

Beijing: Rakaman CCTV tersebar menunjukkan seorang lelaki merempuh dua orang termasuk bekas isterinya di luar balai polis sebelum keluar dari kenderaannya semata-mata untuk menendang mangsa yang terbaring cedera.

Sina melaporkan, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi (waktu tempatan) semalam di Tianchang, wilayah Anhui.

Mangsa, Qin dan rakan lelakinya dipercayai kekasih barunya, Min, baru keluar dari teksi yang berhenti di depan balai polis berkenaan sebelum sebuah kereta hitam yang dipandu laju merempuh mereka.

Kereta itu dipandu bekas suami Qin yang dikenali sebagai Zhang.

Serangan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati antara pasangan berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


- See more at: http://ift.tt/1O0BzM2


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire