KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menguji keberkesanan modul baharu yang bakal diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, modul baharu itu akan diuji dalam projek perintis selama dua bulan di Kem Princess Haliza di Sepang, Selangor, melibatkan 400 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Hasil daripada Makmal Transformasi PLKN yang berlangsung pada Februari dan Mac lepas, kita telah mengenal pasti enam aspek yang perlu diberi tumpuan iaitu dalam Modul, Kemasukan Pelatih, Jurulatih, Kemudahan Kem, Alumni PLKN dan Pelan Komunikasi Media.
"Tujuan pelaksanaan projek perintis ini bagi menguji keberkesanan modul baharu yang akan diperkenalkan seperti Fit4Life, MalaysiaKu, Tech & Talk dan iUpgrade serta pelaksanaan latihan kemahiran oleh Kementerian Belia dan Sukan di institut kemahiran yang telah dikenal pasti," katanya.
Hishammuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, projek perintis itu juga bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan kesemua enam aspek berkenaan menjelang pengenalan PLKN berwajah baharu pada Januari tahun depan.
Hishammuddin berkata Kementerian Pertahanan melalui JLKN turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengenal pasti calon pelatih terdiri daripada mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.
"Oleh itu, PLKN memberikan mereka peluang kedua melanjutkan pengajian di institusi latihan kemahiran selepas tamat sesi latihan PLKN," katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan transformasi PLKN itu dibantu Unit Pengurusan, Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Transformasi besar-besaran ini dilaksanakan bagi memastikan PLKN terus relevan dengan tuntutan semasa, praktikal dan mendatangkan kesan bermakna kepada pembangunan negara, terutama setelah 10 tahun penubuhannya yang sehingga kini telah berjaya melatih lebih 800,000 remaja," katanya.
Selain itu, katanya sebuah Jawatankuasa Pemandu antara Kementerian Pertahanan dan KBS juga turut diwujudkan dengan penyertaan agensi kerajaan, pakar profesional serta pemain industri bagi memastikan pelaksanaan transformasi berada di landasan yang tepat.
"Adalah diharapkan agar projek perintis ini dapat menjadi panduan dan medan pembetulan bagi merencana pengambilan dan pelancaran sepenuhnya pada tahun 2016," katanya. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire