jeudi 24 juillet 2014

Anak sangka bapa masih hidup



KINI hanya tinggal Normi (dua dari kiri) bersama tiga orang anaknya, Afi (kiri), Ammar Syarif (dua dari kanan) dan Saimah Baizura ketika ditemui di rumah mereka di Taman Bukit Indah, Ampang Jaya semalam.



AMPANG JAYA - Anak bongsu kepada Penyelia Kru Kabin Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Mohd. Ghafar Abu Bakar, 54, masih tidak mengetahui perkara sebenar yang menimpa bapanya.



Walaupun tragedi pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu itu telah tujuh hari berlalu, namun Afi Hazim, 14, yang merupakan orang kelainan upaya masih menyangka bapanya masih hidup.



Isteri Mohd. Ghafar, Normi Abdullah, 54, berkata, dia sukar untuk memberitahu perkara sebenar kepada anak bongsu daripada empat beradik tersebut kerana Afi sangat rapat dengan bapanya.



GAMBAR fail tidak bertarikh menunjukkan sebuah pesawat MD-83 milik Air Algerie hilang di Mali semalam. – Reuters




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire