GOLDEN Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), pengedar dan pempamer filem terkemuka di Malaysia, akan meneruskan pelan peluasannya dengan membuka empat pawagam baharu menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif GSC Koh Mei Lee.
Beliau berkata empat pawagam berkenaan masing-masing terletak di GLC Klang Parade, GSC Quill City Mall Kuala Lumpur, GSC Ipoh Parade dan satu lagi pawagam perdana, GSC Nu Sentral
Bagi 2015, GSC telah menandatangani perjanjian untuk membuka GSC IOI City Mall di Putrajaya, GSC Aman Central Alor Setar dan GSC Bintulu Times Square, kata Koh pada pembukaan skrin ke-10nya, GSC Palm Mall di sini pada Khamis.
GSC kini mengendalikan 242 skrin digital di 28 lokasi di Malaysia dan 260 skrin digital di 32 lokasi di seluruh Malaysia dan Vietnam melalui perkongsian usaha sama dengan Galaxy Studio yang mengendalikan 18 skrin di empat lokasi di Bandar Raya Ho Chi Minh.
GSC memiliki 260 skrin digital di 32 lokasi di seluruh Malaysia dan Vietnam.
Di Malaysia, GSC mengurus operasi 242 skrin digital di 28 lokasi di bandar-bandar utama manakala GSC mempunyai 18 skrin di empat lokasi di Vietnam menerusi usaha sama.
Mengenai GSC Palm Mall yang menelan belanja RM28 juta, beliau berkata pawagam baharu itu akan dilengkapi dewan digital - satu dewan THX yang disahkan dan dua dewan digital 3D.
"GSC, sebagai pempamer panggung wayang utama menayangkan filem, dengan bangganya membawa kepada penonton pawagam terbesar (dari segi kapasiti tempat duduk) dan dewan THX disahkan pertama di Negeri Sembilan," katanya.
THX adalah standard pengeluaran visual/audio tinggi untuk teater filem, bilik tayangan, teater rumah, pembesar suara komputer, konsol permainan, dan sistem audio kereta.
Beliau berkata dewan diperakui THX dibina dari bawah ke atas, mengambil kira setiap aspek pengalaman hiburan, yang lazimnya memasang peralatan tambahan untuk mewujudkan persekitaran yang benar-benar menenggelamkan anda dalam cerita.
"Setiap dewan THX direka bentuk untuk mencipta akustik, suasana, latar belakang unjuran bunyi dan ciri-ciri tontonan dalam studio filem.
"Dewan THX memberikan pelanggan pengalaman aksi pada skrin dan butiran terperinci halus kesan bunyi, skor filem dan dialog betul-betul seperti apa yang dikehendaki dalam pembikinan filem. Semua ini adalah untuk memastikan penonton dapat menikmati pengalaman hebat," katanya. - Bernama
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire