dimanche 26 octobre 2014

Goldman Sachs ramal harga minyak lebih murah





Goldman Sachs mengurangkan unjuran harga bagi brent dan West Texas Intermediate (WTI) sebanyak AS$15 (RM48) setong bagi suku pertama 2015 sambil menyatakan kenaikan pengeluran di negara-negara bukan OPEC di luar Amerika Utara dijangka melebihi permintaan.



Bank pelaburan Amerika Syarikat mengurangkan unjuran bagi WTI kepada AS$75 (RM240) setong dan brent kepada AS$85 (RM272) setong daripada AS$100 (RM320 setong).



Para penganalisis bank menjangkakan WTI merosot serendah AS$70 (RM224) setong dan brent kepada $80 (RM256) setong pada tahun depan, apabila minyak mentah dijangka melebihi bekalan.



Harga-harga diramal akan meningkat kembali kepada AS$75 untuk WTI dan AS$85 bagi brent bagi separuh kedua 2015, tambah Goldman.



Minyak mentah hadapan Amerika meningkat pada hari ini melebihi AS$81 (RM259.2) setong setelah empat minggu menyusut hampir 10 peratus disebabkan bekalan yang banyak dan permintaan yang lemah.



Nymex bagi penghantaran Disember pula naik kepada AS$81.05 setong, selepas ditutup lebih rendah sebanyak AS$1.08 (RM3.45) Jumaat lalu selepas Arab Saudi mengumumkan akan meningkatkan pengeluaran tetapi mengurangkan bekalan dalam pasaran pada bulan November.



Minyak mentah brent London bagi penghantaran Disember jatuh kepada $85.94 (RM275) setong. - MalaysiaGazette




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire