KUALA LUMPUR 30 Okt.- Kadar jenayah di ibu kota mencatatkan penurunan sebanyak 8.5 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, sebanyak 17,873 kes jenayah kekerasan dan harta benda dicatatkan pada Januari hingga September tahun lepas dan jumlahnya berkurang sebanyak 1525 kes menjadi 16,873 kes bagi tempoh sama tahun ini.
Beliau berkata, pihaknya amat serius dan komited dalam mengekang berlakunya jenayah terutamanya jenayah jalanan, penyalahgunaan dadah, pendatang tanpa izin dan perniagaan tanpa lesen.
Pendekatan yang digunakan PDRM dengan menjalankan Op bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) amat tepat kerana ia dapat menurunkan kadar jenayah di negeri ini.
Op bersepadu ini akan memberi tumpuan menyeluruh di pusat-pusat membeli belah di ibu negara seperti Pavilion, KLCC, Lot 10, Fahrenheit 88, Lowyat Plaza dan Bukit Bintang Plaza kerana sentiasa menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara, katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai Op Dadu, Hong Song memberitahu sebanyak 10,668 serbuan dengan 2,693 tangkapan telah dilakukan sejak awal tahun sehingga semalam.
Tambahnya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 20,845 mesin judi dan wang tunai RM193,576 dirampas menerusi Op Dadu yang menumpukan premis perjudian sekitar Kuala Lumpur.
Operasi dilaksana secara berterusan itu adalah bertujuan membanteras aktiviti berkenaan daripada berleluasa sehingga sukar dikawal.
Kami akan laksanakan perkara ini dengan bersungguh-sungguh dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan ini, tegasnya.
- See more at: http://ift.tt/1wIzfz1

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire