mercredi 29 octobre 2014

Polis nafi ludah tahanan, status berniat jahat



Pemilik akaun Facebook dakwa diludah anggota polis.



SHAH ALAM – Polis menyifatkan status seorang pemilik Facebook (FB) bernama Abdul Muqit Muhammad sebagai berniat jahat bagi memberi imej buruk kepada pasukan itu.



Abdul Muqit dalam statusnya mendakwa diludah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ketika menyatakan hasrat untuk menunaikan solat Zuhur.



Status yang dimuat naik itu seolah-olah cuba menarik perhatian ramai serta menjadi viral apabila dikongsi pemilik FB lain.



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan setakat ini berhubung kejadian itu.



“Kami tidak pernah halang mana-mana tahanan untuk solat. Ruangan solat juga ada disediakan. Apa tujuan dia untuk memuat naik status seperti itu? Statusnya itu sengaja untuk mencetuskan provokasi dan mencemarkan imej pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.



Menurut Munusamy, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap anggota yang bertugas pada hari berkenaan dan jelas perkara itu tidak terjadi.



“Jika benar dia dikasari oleh anggota kami, buat laporan pada saluran yang betul dan kami akan siasat,” katanya.





http://ift.tt/1rU8zb6




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire