Jabatan Meteorologi Malaysia
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu Alui Bahari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan maklumat itu, yang kini tersebar dalam aplikasi Whatsapp.
"Ia maklumat palsu...hentikan penyebaran maklumat itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, semalam.
Maklumat itu mendakwa kononnya ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Oktober, yang dijangka boleh menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan. - Bernama
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire