KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihatkan pengguna supaya segera menjelaskan bayaran bil tertunggak bagi mengelak bekalan air mereka dipotong.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, operasi bil tertunggak kini dijalankan di Kuala Lumpur, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang sehingga 30 November ini.
Beliau berkata, jika pemotongan dibuat, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM35 dan caj penyambungan semula RM35 sebelum penyambungan semula dilakukan.
"Caj yang dikenakan itu bukan denda atau penalti, sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air," katanya dalam kenyataan hari ini.
Caj itu diwartakan oleh kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih diguna pakai sehingga kini. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire