KUALA LUMPUR 30 Okt. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan kebimbangan dengan langkah Singapura menggunakan belon untuk menjaga laluan keluar masuk negara tersebut disebabkan tindakan itu dipercayai membolehkan mereka mengesan pergerakan pasukan keselamatan negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia.
Pengerusi Biro Antarabangsanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya tidak nampak keperluan Singapura sebagai sebuah negara kecil menggunakan peralatan canggih bagi mengesan kapal keluar masuk ke Singapura yang selama ini dilakukan oleh pesawat kerana pemantauan melalui belon dipercayai boleh mengesan jarak kawasan sehingga ke negeri Melaka.
Malah, katanya, keselamatan di Selat Melaka juga telah pun dipantau oleh Malaysia serta Indonesia dan Singapura yang terletak di kawasan selatan Selat Melaka berada dalam kedudukan yang lebih selamat.
Sebelum ini pun Singapura memang menggunakan peralatan canggih untuk mengesan pergerakan pasukan keselamatan negara kita termasuk pencerobohan jet-jet pejuang mereka ke dalam kawasan Malaysia semasa latihan suatu masa dahulu.
Jadi, kita bimbang Singapura mempunyai agenda tersembunyi di sebalik pemantauan menggunakan belon ini. Perkara ini jika terus dibiarkan boleh menjejaskan hubungan baik antara Singapura dengan Malaysia dan Indonesia, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapha berkata, tidak ada sebab untuk Singapura berasa takut kerana Malaysia dan Indonesia merupakan negara jiran yang boleh dipercayai kecuali mereka mempunyai agenda lain.
Memang betul Singapura sebuah negara kecil dalam rantau ini tetapi mereka mempunyai jiran yang baik dan bertimbang rasa seperti Malaysia dan Indonesia. Malah, saya juga berharap agar Singapura jangan terlalu berfikir yang negara mereka seperti Israel yang dikelilingi oleh negara Arab yang menjadi musuhnya, jelas beliau.
Tambah Mustapha, konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan) yang telah dipersetujui oleh semua negara anggota ASEAN dari awal sepatutnya menjadi pegangan Singapura tanpa bertindak di luar kebiasaan sehingga boleh mendatangkan curiga kepada negara sahabat dan jiran terdekat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi....gt5oCKui.dpuf

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire