jeudi 30 octobre 2014

Isteri mangsa culik di Sabah rayu bantuan pelbagai pihak.

KOTA KINABALU: Isteri mangsa culik di Kampung Sapang Air, Kunak, yang dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata Jun lalu, memohon bantuan pelbagai pihak untuk membebaskan suaminya.



Chin Pek Nyen, 31, mendakwa kumpulan terbabit meminta bayaran RM3 juta dan memberi tempoh hingga November ini untuk melangsaikannya jika mahu suaminya, Chan Sai Chiun, 32, dibebaskan.



Beliau berkata, kumpulan terbabit memberi amaran tuntutan mereka mesti dipenuhi dalam tempoh terbabit, namun tidak menyatakan tarikh akhir untuk berbuat demikian.



"Setiap hari saya menerima sehingga 17 panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa menahan suami saya dan bertanya mengenai bayaran tebusan.



"Namun saya tidak mampu dan bimbang mereka akan bunuh suami jika tuntutan tidak dipenuhi. Jika tiada bantuan saya nekad ke selatan Filipina untuk mencari sendiri suami saya," katanya kepada media, di sini, sebentar tadi.



Katanya, sejak diculik kira-kira lima bulan lalu, lebih 200 panggilan diterima daripada kumpulan terbabit bertanyakan wang tebusan.



Beliau berkata, kumpulan terbabit pada awalnya membenarkannya bercakap dengan suaminya tetapi tidak lagi dibenarkan sejak Julai lalu.



Pek Nyen mendakwa kumpulan terbabit pada mulanya menuntut bayaran RM15 juta sebelum dikurangkan kepada RM10 juta, RM5 juta dan RM3 juta.



Dalam kejadian pada tengah malam 16 Jun lalu, sekumpulan lelaki bersenjata api menyerbu rumah atas air didiami Sai Chiun yang juga pengusaha ikan dalam sangkar, sebelum melarikannya dengan sebuah bot laju menghala ke perairan antarabangsa.



Selain Sai Chiun, seorang lagi rakyat Malaysia berada dalam tawanan penculik di selatan Filipina ialah Konstabel Zakiah Aleip yang dilarikan dari Pulau Mabul di perairan Semporna pada 12 Julai lalu.



http://ift.tt/1sOIxFo




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire