mardi 28 octobre 2014

Hot!!!: Panduan Untuk Pelanggan TNB: Kes Kecurian Arus

Apabila didatangi oleh kakitangan TNB, untuk melakukan operasi ke atas Pepasangan Meter yang disyaki telah diganggu:



1. Pengguna berhak mendapatkan pengenalan identiti kakitangan yang terlibat.

2. Pengguna berhak diberi masa untuk berhubung dengan pejabat TNB tempatan bagi mengesahkan kehadiran mereka (bukan penyamaran)

3. Apabila semuanya teratur, pengguna berhak untuk merakamkan semua perlakuan/percakapan dari mula pemeriksaan sehingga tamat pemeriksaan ke atas pepasangan meter.

4. Pengguna berhak mendapatkan pemahaman apa-apa prosedur dan hasil pemeriksaan/pengujian pada hari tersebut.

5. Pengguna berhak mendapatkan bantuan pihak ke-3, bagi menjadi saksi ke atas operasi pemeriksaan oleh TNB.

6. Apabila operasi pemeriksaan selesai, TNB harus menyerahkan surat "Pemakluman Semakan Pepasangan Meter Elektrik Oleh TNB



Kes Kecurian Arus, lebih dikenali dengan "Kes Usikan Pepasangan Meter" sedang berleluasa.



Bukanlah sesuatu perkara yang sukar bagi TNB mengenalpasti pengguna yang terbabit. Cuma masa yang akan menentukan, samada cepat atau lewat, tupai akan kembali ke tanah juga akhirnya.



Setelah 14 hari dari tarih operasi di atas, TNB akan memajukan tuntutan gantirugi bagi apa-apa kerugian dan pengurangan cas bagi tempoh yang dirasakan munasabah oleh TNB.



Di sinilah bermulanya kebingungan, keadaan panic melanda pengguna. Individu yang mengambil upah sudah tentu 'mengghaibkan' diri. TNB bertindak di bawah penruntukan dan akta yang sediada.



Ada tuntutan cuma ratus, ada yang ribu, dan ada yang mencecah ratus ribu, dan juta pun ada. Boleh google "kes TNB lawan...".



Di peringkat ini, pengguna dicadangkan supaya mendapatkan nasihat yang betul bagi menangani tuntutan dari TNB.



Suka diingatkan, di peringkat ini juga, wang kopi, kenal orang dalam, adik/abang/mak/ayah aku ada dalam TNB, abang aku menteri, kenal YB, kenal Dato', sudah tidak relevan lagi. Semuanya sudah difailkan, hanya prosedur yang betul sahaja akan membantu pengguna. Kakitangan TNB sangat menghormati skop tugas bahagian lain, tiada kakitangan TNB yang akan mengganggu/campur tangan tugas bahagian lain.



Sekiranya tidak ditangani dengan betul, TNB berhak memajukan tuntutan melalui mahkamah....lagi pening kepala pengguna. Di saat ini, ada yang tak lena tidur, ada yang dah mula murung, menangis pun ada...dsbnya. Pertimbangan semakin goyah.



Oleh itu, jangan curi api!




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire