jeudi 30 octobre 2014

Polis letupkan beg pakaian disyaki bom di Jalan Medan Tunku





Kuala Lumpur: Polis bertindak meletupkan sebuah beg pakaian yang dipercayai mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di bawah jejantas di hadapan sebuah bank Jalan Medan Tunku, sebentar tadi.



Unit pemusnah bom yang tiba di lokasi meletupkan bom pertama pada jam 7.40 malam sebelum sebuah lagi bom diletupkan selang lima minit selepas itu.



Beg terbabit dipercayai ditinggalkan seorang individu kira-kira jam 4 petang sebelum disedari oleh orang awam.



Orang awam yang curiga dengan beg berwarna hitam berkenaan yang ditinggalkan dihadapan Maybank itu terus memaklumkan kepada polis.



Pasukan polis masih berada di lokasi kejadian bagi menyiasat motif dan punca sebenar kejadian.





- See more at: http://ift.tt/1wI0j20




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire