Kota Bharu: Sebahagian besar daerah Gua Musang dan beberapa kampung serta perumahan di enam lagi daerah di negeri ini terputus bekalan elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan menghentikan sementara operasi di 549 pencawang elektrik kerana banjir.
Pengurus Besar TNB Kelantan Ir Md Yuslan Md Yusof berkata, semua pencawang utama itu ditutup sementara waktu secara berperingkat-peringkat sejak Ahad lalu hingga 9 malam tadi dan akan beroperasi semula selepas banjir pulih.
Katanya, sebanyak 232 pencawang ditutup di Gua Musang, Kuala Krai (246), Jeli (19), Tanah Merah (32), Machang (12), Kota Bharu (3) dan Tumpat (5).
" Kita tutup pencawang itu secara berperingkat-peringkat sejak Ahad lalu mengikut keadaan banjir di kawasan berkenaan.
" Pencawang akan kembali beroperasi selepas banjir pulih," katanya.
http://ift.tt/13ZtUv1

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire