mardi 30 décembre 2014

Suami isteri ditetak, disamun selepas kereta terbabas

SEREMBAN: Sepasang suami isteri dicederakan sebelum disamun selepas kereta mereka terbabas di Kilometer 246, Lebuhraya Utara-Selatan arahke selatan dekat sini, pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 5.59 pagi.



Beliau berkata, seorang lelaki yang bersenjatakan parang dilapor menghampiri Chong Kar How, 24, dan isterinya, Wong Wei Yan, 24, lalu menetak kedua-dua mereka sebelum melarikan barangan berharga mereka.



"Mangsa lelaki terkoyak di bahagian kepala dan telinga kanan serta terdapatkesan tetakan di belakang kepala dan tapak tangan kiri mangsa.



Manakala isterinya mengalami kesan tetakan di belakang kepala," katanya. Kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di sini.



Muhamad Zaki berkata, suspek dilaporkan memandu kereta Proton Wira berwarna putih dengan bumper hadapan berwarna hitam. -- BERNAMA





http://www.bharian.com.my/node/26221




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire