CANDY Crush boleh dikatakan agak popular di kalangan pemain sekitar awal tahun ini dan beberapa klon untuknya tersedia pada pelbagai platform operasi termasuk Windows Phone.
Walaupun begitu, kini pihak pembangunnya, King hadir dengan aplikasi rasmi Candy Crush untuk Windows Phone, dan boleh dimuat turun secara percuma dari Windows Phone Store.
Candy Crush membawakan permainan di mana anda perlu menyusun gula-gula sama warna dan mempunyai pelbagai jenis tahap berbeza untuk dimainkan.
Penerbitnya mengatakan Candy Crush telah sedia mempunyai ratusan tahap permainan, dan ia ditambah setiap dua minggu.
Candy Crush ditawarkan secara percuma, dan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.
Permainan ini juga turut boleh dimainkan pada peranti dengan memori 512MB RAM.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire