Aktor, Christian Bale dalam satu daripada babak filem Exodus: Gods and Kings.
< 1 / 1 >
KAHERAH - MESIR . Kerajaan Mesir mengharamkan tayangan filem Hollywood, Exodus: Gods and Kings kerana bercanggah dengan fakta sejarah.
Jurucakap Lembaga Penapisan berkata, filem terbabit diharamkan kerana menggambarkan masyarakat Yahudi sebagai pembina piramid serta menceritakan kejadian Laut Merah terbelah bukan disebabkan oleh mukjizat Nabi Musa.
Filem arahan Ridley Scott itu dibintangi Christian Bale memegang watak utama sebagai Nabi Musa.
Sebelum itu Maghribi menjadi negara terawal mengharamkan tayangan filem berkenaan.
Awal tahun ini, beberapa negara Arab termasuk Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengharamkan tayangan filem Noah atas alasan agama.
Filem Hollywood itu menceritakan kisah Nabi Nuh dan bahteranya.
Susulan itu, Institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem tersebut. - BBC
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire