lundi 29 décembre 2014

Lelaki rompak bank di Ampang, rampas pump gun pengawal sebelum larikan RM81,702

Ampang: Cubaan seorang lelaki melarikan wang tunai sebanyak RM81,702 yang dirompaknya daripada sebuah bank di Kampung Melayu, Ampang gagal apabila dia berjaya diberkas sejurus cuba meloloskan diri.



Dalam kejadian kira-kira 4.10 petang tadi, suspek dikatakan datang ke bank terbabit seorang diri sebelum mengacukan pisau dan merampas pum gun yang di bawa oleh pengawal keselamatan.



Bagaimanapun, ketika keluar daripada bank terbabit, suspek bertindak membuang pum gun yang dirampas daripada pengawal keselamatan sebelum itu ke dalam longkang.



Akibat daripada tindakannya itu, seorang polis bantuan yang berada di lokasi terus mengejar suspek dan berjaya menahannya dengan bantuan orang awam bersama wang tunai yang dirompak.



Difahamkan suspek mengaku melakukan rompakan kerana terdesak untuk membayar hutangnya berjumlah kira-kira RM10,000.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Superintendan Mohd Nazri Zawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.





- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19889#....RrU1g7yt.dpuf




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire