mercredi 31 décembre 2014

Firesale Amal Banjir Pantai Timur 2014

Assalamualaikum wbt...



Kepada Usahawan dan bakal usahawan;



Sudah tidak terbendung, perasaan di hati saya, apabila melihat dan membaca berita-berita yang disiarkan di media massa dan sosial tentang keadaan banjir di Pantai Timur, Perak dan terkini di Negeri Sembilan dan Johor.



Aduh, rasa bagai terhiris hati ini, apabila membayangkan ibu menggendong bayi mereka. Bagaimana agaknya mereka hadapi ujian ini?



Itu baru banjir, bagaimana mereka akan hadapi kehidupan apabila air surut nanti? Rumah yang hancur dimusnahkan arus banjir, persiapan sekolah yang punah, kenderaan yang total lost dan pelbagai lagi.



*



“Jika kita di tempat mereka…”



Saya pernah terfikir,



“jika kita di tempat mereka… pasti mereka akan berlumba-lumba mengumpulkan bantuan”



Yeap… itu apa yang saya fikirkan.



Saya teringat, sahabat saya, Che Fadhli. Orang Kelantan.



Ketika saya susah zaman belajar dahulu, dia yang pinjamkan saya wang untuk belanja makan.



Begitu juga Afiq dan Azrul. Orang Pahang. Ketika saya buntu, mereka menceriakan.



Farid, kawan saya daripada Kedah. Selalu buat lawak. Tapi, bila dalam kesusahan, dia yang pertama hulur tangan.



Dr. Hizul, orang Perak. Senyap-senyap dia bagi saya duit melalui kawan, ketika baru berumah tangga.



Apa yang saya cuba sampaikan, saya percaya, kalau negeri saya ditimpa musibah, orang-orang daripada negeri lain, pasti akan hulurkan tangan membantu saya.



*



Kini, hari mereka diuji. Maka, masanya kita untuk membantu mereka setakat yang termampu.



Jika tidak dapat menjadi sukarelawan, kita boleh membantu daripada sudut kewangan dan sokongan moral. Doa, sudah pastilah kita mendoakan mereka setiap kali solat.



*



Jualan Amal – Firesale Banjir



Itu sedikit intro. Cerita tentang kepentingan Firesale Amal ini.



Ok….



Sekarang, kita ke part produk.



Dalam Firesale Amal ini, para Online Marketer ternama tanah air, telah bersetuju, untuk menyumbang produk.



Hasil jualan, akan disumbang terus kepada badan yang menguruskan sumbangan banjir.



100%



Yeap ! 100%



*



Jadi boleh dikatakan, sambil mengupgrade ilmu keusahawan, sambil menyumbang.



Dan usahawan yang menyumbang produk mereka dalam Firesale Amal ini, bukan calang-calang orang.



Untuk coaching mereka sahaja, ada yang caj puluhan ribu ringgit sehari.



Jadi, ini adalah win-win-win situation !



Win pertama – ANDA ! Kerana anda tidak perlu habis ribuan ringgit untuk dapatkan ilmu-ilmu pemasaran ini.



Win kedua – Juga ANDA ! Kerana anda akan dapat balasan baik daripada Allah (pahala dan murah rezeki), kerana sikap dermawan anda



Win ketiga – Juga untuk ANDA ! Kerana, saya percaya, dalam negeri-negeri yang dilanda banjir ini, ada kemungkinan, saudara mara, sahabat atau kenalan anda juga tinggal di sana. So, kiranya, macam bantu kroni anda juga lah ni. hehehe



Maklumat lanjut



http://ift.tt/1x6Fz6r




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire