Dari kiri: Pengurus BKK1, Kuch Bopha; Ketua Pegawai Eksekutif Maybank (Kemboja) Plc Lee Tien Poh dan Pollie.
MAYBANK (Kemboja) Plc melancarkan Maybank Premier Wealth, segmen perkhidmatan baharu yang menyediakan penyelesaian kewangan peribadi lengkap direka khusus untuk pelanggan kaya dan berpendapatan tinggi di negara itu.
Maybank Premier Wealth dilancarkan sempena pembukaan cawangan Maybank Kemboja yang ke-18, terletak di Boeng Keng Kang Ti Muoy (BKK1), Phnom Penh.
Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Antarabangsa, Pollie Sim berkata, perkhidmatan itu bermatlamat menyediakan pengalaman perbankan yang berlainan kepada pelanggan dengan memberi tumpuan kepada jalinan akrab yang mana pelanggan akan diberi perhatian dan menawarkan produk serta perkhidmatan mengikut keperluan pelanggan.
Menerusi produk ini, kami mahu menyediakan penyelesaian kewangan lengkap mengikut keperluan seseorang pelanggan dengan penyelesaian kewangan yang tersendiri dan komprehensif berdasarkan keperluan unik masing-masing selain layanan perkhidmatan dan ganjaran," katanya.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kemboja dijangka berkembang antara 7.3 peratus dan 7.5 peratus daripada 2015 hingga 2019. Tahun lalu, KDNK negara itu mencatatkan pertumbuhan 7.1 peratus.
Memandangkan tinjauan ekonomi yang positif dan pertumbuhan segmen pelanggan kaya di Kemboja, Maybank menyasarkan menjana jumlah aset boleh dilabur bagi segmen ini lebih daripada RM699.40 juta (AS$200 juta) dalam tempoh lima tahun pengenalan, katanya.
Cawangan Maybank Kemboja BKK1 dikendalikan Pengurus Cawangan dan Ketua Premier Wealth, ia turut menawarkan perkhidmatan perbankan penuh termasuk deposit dan penempatan persendirian, pembiayaan perdagangan, pinjaman, penghantaran wang, gadai janji perumahan dan ATM rangkaian global.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire