Gambar dua warga emas meletak anjing di dalam troli di lapangan terbang mengundang marah masyarakat Cina yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sensitif. Foto Facebook Friends of PDRM
KUALA LUMPUR, 13 September: Sekali lagi insiden membawa anjing ke tampat awam mengundang amarah netizens apabila sekeping gambar warga emas membawa seekor anjing di dalam troli di sebuah lapangan terbang menjadi viral.
Gambar yang dimuat naik menerusi laman Facebook Friends of PDRM itu memaparkan dua wanita warga emas meletakan haiwan peliharaannya di dalam troli di lapangan terbang yang kawasan larangan membawa binatang peliharaan.
Kejadian itu turut mengakibatkan kemarahan bangsa lain yang merasakan tindakan wanita itu memalukan bangsa Cina dengan tidak memaparkan sensitiviti sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa.
Boleh tak jangan sia-sia kan otak itu.. Biar berfungsi sikit otak itu! Ini Malaysia bukan US, UK atau China! Penduduk Malaysia majoriti orang Islam. Saling hormat-menghormati la mak cik. Jangan buat malu Cina lagi Jangan nak bagi bangsa lain salah anggap dengan Cina!!!, komen seorang pengguna Facebook berbangsa Cina, Soh Wei Mei.
Suruh beli sahaja troli itu atau cuci troli itu bersih-bersih sebelum letak balik tempat asal. Memalukan bangsa Cina Lain kali sepatutnya bagi saman kepada mereka yang bawa haiwan peliharaan ke pasar raya atau lapangan terbang, bidas Ivan Chow.
Foto yang telah menjadi viral di laman-laman sosial ini sudah meraih 1,408 likes dan dikongsi sebanyak 336 kali serta mendapat komen sebanyak 337 dari warga maya.
Read more: http://ift.tt/1K4zOJ2
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire