KUANTAN - Polis menahan satu pasangan selepas mendapati kereta yang dinaiki mereka tersenarai sebagai kenderaan curi.
Pasangan berusia 21 dan 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.10 tengah malam kelmarin ketika berada di tepi jalan Kilometer 36 Jalan Kuantan-Maran, dekat Gambang.
Timbalan ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, ketika anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Gambang tiba di lokasi, polis melihat sebuah kereta jenis Proton Satria dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.
Polis bertindak menahan kereta tersebut sebelum mengarahkan pemandu dan penumpang keluar untuk pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan ke atas pasangan itu polis tidak menemui sebarang objek atau barang menyalahi undang-undang bagaimanapun semakan ke atas nombor pendaftaran kereta digunakan didapati palsu, katanya, semalam.
Abdul Aziz berkata, semakan rekod berdasarkan nombor casis kenderaan tersebut mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Gebeng sebelum ini.
Kedua-dua suspek dan kereta dibawa ke balai untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan, katanya.
Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut sama ada suspek terlibat dalam kes-kes curi kenderaan atau memperoleh kenderaan itu melalui orang lain untuk kegunaannya sendiri.
sumber:http://ift.tt/1K4zPwy
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire