mardi 22 juillet 2014

MAS bakal dinyahsenarai

22 JUL 2014



Malaysia Airline System Berhad (MAS) dipercayai semakin mengakhir statusnya sebagai sebuah syarikat senarai awam ekoran kejadian nahas pesawat MH17 dan kehilangan MH370 dalam tempoh empat bulan.



Syarikat penerbangan kebangsaan itu dikatakan bakal membentangkan pelan pemulihan kepada Khazanah Nasional Berhad pada minggu ini dengan pilihan menswastakan MAS atau mengumumkan ia bankrap, yang kedua-duanya menyebabkan MAS dinyahsenarai.



Bagaimanapun, MAS berkata, fokusnya masih kepada penumpang dan keluarga pesawat MH17. MAS kehilangan 537 nyawa sejak kehilangan MH370 dan nahas MH17, menyukarkan keupayaannya dalam perniagaannya.



Malah, sebelum sebulan berlakunya nahas tersebut, Khazanah menganggarkan dana yang dimiliki MAS mampu bertahan dalam tempoh setahun sahaja.



"MAS tidak mempunyai banyak masa.



"Tidak pernah berlaku sebuah syarikat penerbangan yang terpaksa melalui tragedi dalam tempoh masa empat bulan," kata penganalisis Malayan Banking Berhad, Mohshin Aziz.



Pesawat MH17 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam yang membawa 298 penumpang dan anak kapal pada 17 Julai lalu ditembak jatuh di timur Ukraine, selepas empat bulan kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang.



Kehilangan MH370 masih menjadi misteri dalam sejarah industri penerbangan moden.



Sama ada wajar MAS dibankrapkan, ia akan menjadi syarikat penerbangan terbesar dari segi aset selepas AMR Corp. pada tahun 2011, menurut data Bloomberg.



Pengarah Operasi Komersial MAS, Hugh Dunleavy berkata, syarikat itu patut mengumumkan bankrap pada bulan Mei lalu sambil memberitahu syarikat berkenaan juga mahu merunding semula dengan kesatuan sekerjanya.



Namun, usaha menjadikan MAS sebuah syarikat swasta masih menjadi pilihan utama berbanding bankrap, dengan keputusan dijadualkan diumumkan pada bulan depan. - MalaysiaGazette




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire