vendredi 26 septembre 2014

Khazanah 130 juta tahun terancam



ABDUL RAHMAN (kanan) menunjukkan cat merah yang ditanda oleh pemaju sebagai sempadan kawasan pembalakan di Taman Rimba Kenong, Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.



KUALA LIPIS - Pengusaha industri pelancongan dan penduduk kampung di Taman Rimba Kenong di sini bimbang dengan ekosistem hutan berusia 130 juta di taman rimba itu yang mungkin musnah jika penerokaan hutan di kawasan tersebut tidak disekat.



Rata-rata mereka gusar sekiranya lesen pembalakan di hutan itu diluluskan kerajaan negeri Pahang, ia akan memusnahkan alam semula jadi di Taman Rimba Kenong yang menjadi tarikan lebih 16,000 pelancong setiap tahun.



Selain itu, ia dikhuatiri menjejaskan kawasan tadahan air yang membekalkan sumber air semula jadi menerusi sistem graviti kepada penduduk berhampiran.



Taman Rimba Kenong merupakan salah satu daripada hutan lipur yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sejak 1988. Ia terletak di dalam sebahagian Hutan Simpan Yong yang memiliki keluasan lebih 12,000 hektar.



Wakil pengusaha industri pelancongan di kawasan itu, Mohd. Hassan Tuah berkata, sebanyak tiga kawasan blok balak berkeluasan lebih 190 hektar telah dimohon oleh sebuah syarikat bagi mengeluarkan hasil balak di kawasan berkenaan.



Beliau berkata, sekiranya penerokaan tiga blok kawasan balak di dalam Taman Rimba Kenong itu diluluskan, ia dikhuatiri akan merosakkan khazanah alam semula jadi di kawasan pelancongan itu.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire