PASIR GUDANG - Kerajaan Johor meminta Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn. Bhd., pemaju projek kontroversi Forest City, mematuhi laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum membangunkan projek itu di Tanjung Kupang, Gelang Patah dekat sini.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu penting bagi memastikan isu alam sekitar diberi perhatian sepenuhnya dan peraturan yang ditetapkan di negara ini dipatuhi.
"Kita berharap pemaju mematuhi kehendak supaya mengemukakan laporan EIA. Ini sangat penting bagi kita menentukan segala kebimbangan sama ada dari sudut alam sekitar dan sebagainya diberi perhatian," katanya.
Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Taman Perindustrian Seri Albion yang dimajukan oleh United Malayan Land Bhd. (UMLand) di Cahaya Baru, Jalan Kong Kong di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
http://ift.tt/1vqvcs8
KELIHATAN beberapa buah kapal yang menjalankan kerja-kerja menambak laut berlabuh di pinggir Teluk Danga selepas projek Forest City terpaksa dihentikan sementara pada Jun lalu.

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire